Wednesday 18 May 2011

Bincangkan pemikiran Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.
A. Pendahuluan ( 3M)
  • Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka
  • Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Kautilya, Sun Tzu dan Niccolo Machiavelli
  • Kautilya merupakan pemikir tentera yang terulung dalam tamadun India. Beliau telah menghasilkan buku tentang strategik dan teori politik yang berjudul Arthasastra.
  • Niccolo Machiavelli merupakan pemikir tentera yang berasal dari Itali . Antara hasil karya yang dihasilkan The Prince, Art of War dan Discourses
B. Isi ( 20 M )
Pemikiran Kautilya
1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain
Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama, melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh dan menyerang musuh lain.
2. Strategi Memenangi Peperangan
Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan.
3. Saranan Kepada pemerintah
Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.
4. Penggunaan Kaedah Subversif
Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan agar taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu.
5. Menyerang pada waktu yang sesuai
Serangan hendaklah dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang dipilih akan
menentukan kejayaan atau kegagalan dalam peperangan. Serangan harus dilakukan ketika
musuh dalam keadaan leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku
perpecahan di kalangan musuh.
Pemikiran Niccolo Machiavelli
1. Sokongan Rakyat
Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.
2. Bantuan Luar
Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar.
3. Undang-undang dan Tentera Baik
Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa.
4. Cara Mengekalkan Kuasa
Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.
Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.
5. Strategi Peperangan
Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih.
6. Sistem Pentadbiran
Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan.
C. Kesimpulan (2M)
Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaituArthasastra (Kautilya), The Prince, Art of War dan Discourses (Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.
[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TUESDAY, 27 JULY 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – ZAMAN PRASEJARAH

Sejauh manakah alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah.
ATAU
Alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah. Bincangkan.
PENDAHULUAN
1. Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya.
2. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada tiga zaman iaitu
- Zaman Paleolitik (500,000 SM hingga 10,000 SM)
- Zaman Mesolitik (10,000 SM hingga 7,000 SM)
- Zaman Neolitik (7,000 SM hingga 3,500 SM)
3. Zaman ini juga dikenali juga sebagai zaman batu.
4. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeolgi seperti fosil dan peralatan yang diperbuat daripada batu.
ISI (5 isi X 4 markah = 20 Markah)
1. Penempatan
Penempatan masyarakat zaman prasejarah dipengaruhi oleh alam sekitar
· Zaman Paleolitik - pergantungan sepenuhnya ke atas alam sekitar menyebabkan mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu dan memungut hasil hutan. Persekitaran yang sejuk dan keadaan yang selamat menyebabkan mereka tinggal dalam gua.
· Zaman Mesolitik - pencairan air batu akibat daripada kenaikan suhu dunia telah mempengaruhi penempatan masyarakat pada zaman ini tertumpu di kawasan yang iklim sederhana iaitu di kawasan lingkaran tanah rata di Eropah, Asia dan Afrika.
· Zaman Neolitik - kehidupan masyarakat yang tidak bergantung kepada hasil hutan dan telah mula bertani menyebabkan mereka membentuk penempatan kekal sehingga wujudnya perkampungan neolitik. Perkampungan neolitik tertumpu di kawasan lembah sungai dan tasik kerana mereka bergantung kepada kesuburan tanah dan saliran semula jadi untuk kegiatan pertanian. Contohnya perkampungan Neolitik di Jermo, Jerica (Iraq) dan Pan Ismail
2. Kegiatan Ekonomi
Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia dan masyarakat zaman prasejarah.
· Zaman Paleolitik - manusia mendapat makanan daripada sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.
· Zaman Neolitik - manusia telah mula menghasilkan sumber makanan sendiri tanpa bergantung kepada sumber alam sekitar melalui kegiatan pertanian dan menternak binatang. Walau bagimanapun mereka masih bergantung kepada kesuburan tanah secara semulajadi untuk membolehkan mereka bertani. Kawasan pertanian tertumpu di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan hasil pertanian/surplus mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan.
3. Peralatan
· Paleolitik - Bagi menyesuaikan diri dan pergantungan dengan persekitaran manusia di zaman Paleolitik telah menghasilkan peralatan yang ringkas dan mudah. Mereka menggunakan peralatan daripada tulang dan batu. Kapak tangan dihasilkan untuk melapah dan memotong binatang buruan.
· Neolitik - Revolusi pertanian di zaman neolitik telah mempengaruhi peralatan yang digunakan. Peralatan batu masih lagi digunakan pada awal zaman neolitik tetapi buatan lebih halus. Penemuan logam telah membolehkan mereka menggunakan logam seperti besi, timah dan tembaga menggantikan peralatan batu sebagai peralatan di sawah dan senjata.
4. Teknologi
· Paleolitik - Masyarakat zaman Paleolitik menghasilkan peralatan batu menggunakan teknik merepeh. Kebakaran hutan akibat daripada petir dan proses menghasilkan peralatan batu telah menemukan masyarakat zaman ini dengan penggunaan apiPakaian zaman ini diperbuat daripada kulit binatang dan gentian pokok/kayu.
· Neolitik - Masyarakat pada zaman neolitik mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mecipta teknologi dalam usaha menguasai persekitaran mereka. Mereka telah mencipta roda, menghasilkan peralatan tembikar dan menenun kain daripada gentian tumbuhan. Bajak dicipta yang menggunakan tenaga haiwan untuk memudahkan kerja-kerja di ladang pertanian.
5. Kepercayaan
· Persekitaran banyak mempengaruhi sistem kepercayaan masyarakat zaman prasejarah. Ketidakupayaan masyarakat zaman paleolitik dan neolitik mengatasi bencana alam menyebabkan mereka percaya kepada kuasa ghaib yang mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran mereka. Mereka menyembah kuasa alam yang mempunyai kaitan dengan persekitaran mereka seperti matahari, sungai dan binatang. Banjir dan kemarau yang berlaku membawa kepada kepercayaan kepada tuhan dan semangat tanaman. Ia membawa kepada upacara pemujaan dan ritual keagamaan.
6. Kesenian
· Alam sekitar menjadi sumber kepada hasil seni masyarakat zaman pra sejarah. Manusia paleolitik melukis gambar binatang di gua yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan. Pada zaman neolitik unsur alam dilihat sebagai simbol dalam hasil lukisan mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan sistem kepercayaan.
KESIMPULAN
Kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Penemuan dan kreativiti masyarakat pada zaman neolitik telah membawa perubahan besar bagi mereka menyesuaikan diri dan menguasai alam sekitar.

SATURDAY, 3 JULY 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – ORGANISASI SOSIAL

Bincangkan  peranan masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik .
A) Pengenalan
1.  Peranan masyarakat merujuk kepada Organisasi Sosial @ stratifikasi sosial sesebuah  masyarakat.
  • Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
  • Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.
  • Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.
2.  Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China .
B) Isi
A) Organisasi sosial di Lembah Indus dan kepentingannya
1. Golongan Pendeta
  • Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa.
  • Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
  • Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.
  • Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang.
  • Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
  • Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama ada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
  • Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.
  • Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti 
3. Golongan bawahan
  • Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, golongan bawahan masyarakat di lembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba
  • Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
  • Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.
  • Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain.
  • Manakala kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba. 
4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan
  • Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka.
  • Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan
  • Golongan kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam
  • Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang
  • Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani
  • Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas 
B) Organisasi sosial masyarakat China
1. Golongan raja
  • Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China, merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun di Mesir.
  • Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim ,mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran
  • Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan
  • Walaupun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masyarakat China.
2 .Golongan Aristokrat
  • Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China
  • Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-alat ritual dan senjata
  • Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
  • Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu .
3. Golongan yang diperintah
  • Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas, kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku .
  • Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat .
  • Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan menciusme.
  • Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.
  • Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.
  • Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
  • Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon, pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.
  • Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri
C) Kesimpulan :
  • Pembentukan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks.
  • Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan masyarakat yang membantu  perkembangan tamadun yang lebih hebat.
  • Apa-apa yang berkaitan    

No comments:

Post a Comment